Photobucket

Wednesday, December 5, 2012

Assalamualaikum..

Entry kali ni khas untuk Aishah Joari. Yang lain sila pejam mata ye.. Sebab ini khas untuk kawan aku yang gedik plus mengada plus senget.. heeee..
 okk... start.. bismillahirrahmanirrahim.. (:errrrr..aaaaa..hmmmmmm...

Ke hadapan rakanku Aishah Joari yang dikasihi,dirindui,disayangi dan dicintai.. *muntahijau. aku bukan les ok..

Aishah,mesti kau kata aku lambat nak buat suprise kat kau sebab kawan-kawan kau dah buatkan suprise untuk kau. Ok foiiinee..   Pertama sekali, aku nak minta maaf sangat-sangat birthday kali ni kalau aku macam endah tak endah je nak suprise kat kau. Aku langsung takda mood nak menulis apa-apa.. Ini pun aku buat bagai melepasan batuk di tangga. *ecewwwaaahh.. heeee.. Aku minta maaf.. Aku bukan kawan kau yang terbaik Cha. Aku macam tak berguna je jadi kawan kau. Setiap kali kau minta tolong, kau mengadu minta nasihat aku macam terkelu ala-ala speechless kononya.. Aku tak bantu kau apa-apa pun. Aku takde pun buat apa-apa yang special untuk kau time birthday.. Aku malu Cha sebab kau selalu je ada bila aku perlukan kau. Kau sentiasa bantu aku sedaya upaya kau. *tunduk kesat-kesat air mata.. sobsob..  Tapi aku?

Apa yang aku dah lakukan untuk kau? Belanja kau? Gembirakan kau? Bantu kau? Semuanya takde kan.. Aku TAK BERGUNA Cha dengan kau. Tapi aku nak kau tahu yang aku ni stalker TERBAIK kau. Setiap kali aku log in facebook,wall kaulah yang selalu menjadi paparan di new tab aku.. *agaknya komputer aku pun bosan tengok wall kau *kenapa mesti cerita benda nie,tak tahu.. heee. Bila kau cerita dekat aku kau dapat Unimas dekat Sarawak. OMG. Dekat kepala hotak aku, macam mana kita nak lepak selalu,macam manalah kalau aku rindu dekat kau.*itu tipu.. booo..macam manalah kau nak hidup sorang-sorang dekat Sarawak sana, haisy risaunya aku sebab aku sentiasa doakan kau dapat UPM dekat sikit aku nak jenguk-jenguk kau kalau kau tak sihat.heeee....*suwittt kan aku nie.. heee.. naik lif tekan sendiri.. yelah berdikari :P hahaha.

Alhamdulillah, aku lupa kawan aku sorang ni sangat kuat lagi kuat dari insan yang bernama Nurul Ashikin (: *mesmerized..  Kawan yang aku sedang baca post aku ni seorang yang kuat,tabah,berani dan gelabah sikit.. hahaha.. :P Walaupun dia selalu ketawa tersenyum tapi sebenarnya dia simpan seribu satu rahsia dalam diri dia. Mula-mula aku pelik juga tapi aku mula mengerti Cha kenapa kau buat macam tu kau taknak yang lain risaukan kau.. So sweet kau ni.. Cha ingat kita kat dunia nie tak boleh hidup sorang-sorang, Kita semua perlukan kawan. Mungkin aku tak boleh bantu kau selesaikan apa-apa masalah kau atau bantu kau buat assignment yang melambak ditambah kadang-kadang perangai aku yang mengada rasa nak lempang lelaju tu.. HAHAHA.. Aku tahu. tapi sekurang-kurangnya Aishah aku boleh jadi rakan or radio buruk kau or aku boleh jadi penyebab kau terus terus dan sentiasa tersenyum.. Satu lagi dulu pun kita tak sebaik ni dan tak sangka kita boleh sebaik ini,mungkin kalau kau satu matrik aku,kita tak kawan,bermusuhan, *minta dijauhkan tapi tak mustahil kan? So hebat kan perancangan Allah pisahkan kita buat sementara biar kita dapat rasa betapa pentingnya ukhwah dan persahabatan kita. (: Aku nak juga kau rasa macam ni dekat kawan-kawan baru kau,memang mula-mula kau rasa menyampah,semua tak kena je pada mata kasar kau sebab ni semuanya baru bagi kau macam kau mula-mula rasa annoying dekat aku yang mengada ni tapi lepas tu kemain sayang ketat-ketat lagi. heeee :P See? So kau kena sesuaikan diri dengan kawan baru,suasana baru *dah macam penasihat terkemuka dah,cakap kat orang pandai je aku.. hahaha :P

Aishah, hidup kat dunia nie memang sentiasa ditimpa masalah. Kau aku semua ada masalah. Kalau dia takda masalah baik kau lari jauh-jauh dari dia ntah-ntah dia alien kot,, heeee... Tapi kau perlu tahu kadang-kadang masalah ni yang mematangkan kita. Masalah ni yang menjadikan hidup kita berwarna-warni,ada suka duka pahit dan sebagainya.. heee.. Aishah mesti kau tengah nangis golek-golek kat katil sekarang ni.. Hahaha.. *nah tisu..usap-usap kepala..Belajar rajin-rajin ye. Jangan nakal-nakal. Jangan terlampau berani sangat kat tempat orang.Jaga kesihatan dan jaga diri my dear. .. (:

 (: thanks for being such a wonderful friend to me.i love you and i will always be.u are forever my ♥ happy 19th birthday . Aku doakan yang terbaik untuk kau. A friend whom we can rely on and share anything. So you are my friends. Kasih sayang aku untuk kawan-kawan aku tiada terkira dan tiada tandingan tak kisahlah kau rakan tadika,sekolah rendah,menengah atau matrikulasi tapi sekali kita kawan selamanya kita kawan.. heeee.. :D  












Note: Aku taknak air mata mengalir dekat orang-orang yang aku sayang.. heee.. >,,<  Kalau rasa post ni macam jiwang pluss suwiittt habis sila jangan salahkan penulis salahkan orang yang dituju dari penulis. HAHAHA..