Photobucket

Saturday, September 8, 2012

i am strong bebeyh :))

love them :))

assalamualaikum :)))
tarik nafas hembus tarik nafas prooott .. eh?? apa ini ?? hohohoho..selingan 
ok untuk pengetahuan umum post ini tersangatlah panjang  ..gosok-gosok mata (ngantuk )

orang kata persahabatan yang murni akan hadir bila kedua-dua insan bersahabat dengan niat yang ikhlas lillahi taala disusuli dengan kasih sayang dan kejujuran serta nilai-nilai murni yang lain ( asalkan baik) :)).. same goes to me,i want to have someone who are really understand me and console me when i need her most..

pabila aku jejakkan kaki aku ke uia,aku selalu tertanya-tanya siapa yang akan jadi roomate aku,siapa yang akan jadi kawan aku,doaku biarlah roomate aku bukan pelajar sekolah agama,, kenapa?? aku pun tak tahulah mungkin aku pun biasa-biasa je..
tapi harapan hanya tinggal jadi angan-angan kosong  bila aku jejakkan kaki ke 211 b, aku lihat roomate aku bertudung labuh, siti fatihah zakaria, of courselah dia budak sekolah agama kan kan.., macam-macam persoalan kat dalam kepala hotak aku,, bagi aku, aku sentiasa hormat budak sekolah agama cuma aku takut diaorang tak boleh terima aku yang masih banyak tak tahu lagi.. sampai kan hari first aku jumpa dia aku n****s kot.. segan nak cakap >.< 


aku masih ingat lagi soalan pertama yang dia tanya kat aku,,
'ekin,kau ada boyfriend?' eerrr nak cakap apa ni tapi tapi aku nak dia tahu siapa diri aku sebenarnya,,
aku pun jawab lah sejujur-jujurnya.. 

malam tu pulak kau ajak aku ngaji sama-sama baca surah almulk, ya aku ingat tue :P pas tu kita turun sama-sama pergi tanya pasal kad matrik kot, time tu kau pegang tangan aku kot, time tu aku rasa janggal kot sebab aku dah ta biasa tapitapi layan saja...:)) kita tukar-tukar cerita sampai ke pagi tapi yang penting aku lah yang tertido dulu, :))

kita berdua je kat dalam bilik tue, jadi sebab tu kita jadi makin rapat.. ini antara aktiviti kita bertiga bersama-sama rakan-rakan..:D
volleyball :)

jamuan fair maidens day 

kem biro tatanegara 


solat hajat

preess gathering :)

perkara yang paling buat aku terharu bila kau belikan aku siput masak lemak cili padi bila aku cakap aku nak makan lauk tu walaupun kafe time tue jauh dari mahallah kite.setiap kali kau balik kau mesti belikan aku aunti anne, belikan aku coolfever walaupun dah lewat malam dah,kau pulak yang menangis bila ada kawan yang kecewakan hati aku,kita makan sama-sama, kita pergi pasar malam sama-sama,kita main volleyball walaupun aku memang taklah hebat sukan-sukan nie dan tak boleh lupa kita boleh pegi mid valley dalam masa 2 jam sahaja,aku sumpah mesmerized kau berjaya buat aku tak pandang apa-apa kat mid tu, kita beli makanan sahaja.kau datang rumah along,kita buat 2000 cupcakes sama-sama sampai tak tido semalaman.. Hampir kesemua aktiviti kita kat cfs iium nie kita buat sama-sama..Tak larat nak cerita nanti dah macam novel pulak :P

Orang kata sedangkan lagi lidah tergigit inikan pula lidah manusia :)) adatlah tu kalau kita berselisih faham tapi aku bersyukur sangat sebab kita bertiga takdalah sampai bermaam muka,tak bertegur sapa kan kan....
Masa akhir semester 1 kau sakit,esok pula aku ada last paper,biology 1. kau selalu ada bila aku susah jadi jadi aku temanlah kau tapi tapi pagi tu kau boleh marah aku sebab tunggu kau..fuhfuh sabar ekin.. aku cool sebab aku tau kau sakit.. aku diam je sampai habis paper bio aku, lepas tu kau ok aku pun oklah..tapi sumpah terkejut gila kau marah aku..:p.tak cukup juga masa semester3 kau marah aku 3 kali berturut-turut dalam 1 hari.. kau marah aku tapi memang sebab aku salah pun hehe.. :P masa semester 3 juga, aku tahu kau kecil hati dengan aku sebab lampu meja, aku tak boleh study guna lampu meja. panas giler kau time tu sampai kau tak boleh tido..maaaff :(( sobsob.. kesat-kesat air mata.. maaf sebab banyak menyusahkan korang..

Teah, kau sentiasa ada bila aku perlukan kau.. Aku ingat lagi bila kita dua-dua tak dapat balik rumah,kita sama-sama tengok bulan ingatkan rumah.. How sweet that moment.. :)) Walaupun kau dah penat-penat nak tidur or lepas balik dari kelas kau tetap sanggup dengar cerita aku yang ntah hape-hape tue.. ishish geleng-geleng kepala.. Kau sanggup call aku habiskan kredit kau.. Kau juga paham aku, tak pernah paksa aku buat sesuatu  sebab masa semester 1,macam -macam ceramah kau macam nak ajak aku tapi ada je alasan yang aku bagi tapitapitapi last-last adalah beberapa ceramah yang kita bertiga pergi sama-sama kan.. :))

Bila semester 3 2011/2012 ,kami ada geng baru.. Aqilah Kamaruzzaman..  alhamdulillah walaupun orang selalu cakap kalau bertiga mesti ada salah seorang yang akan tersisih tapi tapi kami berjaya sangkal pernyataan tue dengan jayanya..yahoo..tepuk-tepuk tangan.. 
Walaupun macam-macam dugaan yang kita bertiga lalui masa semester lepas, kita tetap bersama-sama  susah atau senang.. Aku bersyukur aku ada korang berdua..Yelah kalau teah tak balik lagi aku boleh bercerita kat qila..Bila teah marah aku, aku mengadu kat qila, bila qila penat aku menggedik dengan teah.. KORANG MEMANG DAEBAK  :)) thumbs up..

Aku tahu korang SAYANG aku,, tapi takmahu tunjuk je pun..malu-malu biawak konon.. heeee.. tape-tape ekin paham lorh.. Bila aku gedik ta semena mengada tak bertempat korang tetap layan aku..  So di bulan yang baik hari yang baik, aku nak minta maaf kalau aku ada buat sesuatu yang boleh buat korang kecil hati ke terguris di hati ke tergurau terlebih-lebih,terambil lebih makanan korang, terguna barang korang sampai melebih-lebih.. aku nak minta maaf.. Jujur aku nak minta maaf kat korang dari hujung rambut sampai hujung kaki..

Terima kasih teah sebab kau banyak ajar aku tentang kehidupan dan persahabatan.. Kau selalu ajar dan selitkan pengajaran dekat cerita-cerita dan tazkirah petang :))) Terima kasih qila juga sebab ajar ekin macam mana nak kemas barang,senang cerita jadi seorang yang tak comot suka mrah sebab tak suka susun kasut .. heee. thanks okeyh :)))

Aku juga berbangga sebab korang berjaya capai apa yang korang nak.. Aku bangga jadi kawan korang :) Teah dapat tukar ke medik mesir Qila pula dapat tukar ke Econs Uia Gombak. alhamdulillah :))

Pesanan penaja 
  • Jaga diri,jaga kesihatan,jangan tinggal solat
  • Jangan lupa diri,mak ayah,adik-beradik,kawan-kawan,ustaz-ustaz,guru-guru :)))
  • Semoga tetap jadi Siti Fatihah Zakaria yang aku kenal dulu
  • Insyaallah aku doakan yang terbaik untuk korang :D
  • Jangan lupa kalau dah ada bau-bau nasi minyak jangan lupa kita tau..Tadapat pergi mesir,skype pun jadilah :)))
  • Jangan lupa makan..Tok sah nak berdiet-diet bagai, hampa dah comei dah..
  • Jangan mudah terikut-ikut budaya orang lain .Kekalkan identiti kita sebagai anak Malaysia ye :))
  • Ingat harapan mama ayah kau malah seluruh rakyat sebab nak tengok kau balik dengan segulung ijazah..Jangan persiakan segala pengorbanan mereka ye teah. Opportunity seldom knocks twice, So one should grab this opportunity  :D
  • Aku doakan hubungan kita semua berkekalan sampai akhir hayat..Rilekslah skype facebook kan dah ada.. boleh contact2 selalu.. jangan lupa update cerita kat aku
malu >.<

Teah,Qila masa kelas Ustaz Muhadir.Ustaz cakap kalau kita berpisah dengan seseorang kerana Allah taala kita patut cakap Saya SAYANG awak :)) malu >.< bhahahaha..So aku nak buat 1 pengakuan rasmi, Aku SAYANG KORANG <3 

Masa korang cakap korang nak pindah dari cfsiiun nie,kalu boleh aku nak cakap kat korang jangan lah pergi,duduk je kat cfsiium dengan ekin..aku nak jerit-jerit kat korang jangan tinggalkan aku sorang-sorang kat sini,. Tapi tu semua hanya mimpi.Siapa aku nak buat semua nie. Lagipun aku taknak jadi seorang yang jahat pentingkan diri sendiri.. Aku patutnya gembira sebab korang dapat sambung pelajaran dalam kos yang korang minat. Aku patutnya bangga sebab korang kawan aku yang dapat harumkan nama ANAK MELAYU di tempat orang.. Aku tak dapat,tapi kawan-kawan aku yang dapat pun tape,, :)) I am also happy for u all :))
curi-curi snap tapi ta curi duit ok :)
 Hadiah teah :D
roomate baru :D


Jangan risau jugak kawan-kawan, aku juga dah ada roomate yang baru yang sayang aku macam mana korang sayang aku... Mula-mula takut nak sayang diaorang sebab takut kalau aku sayang diaorang nanti diaorang pun tinggalkan aku tapi aku tahu setiap pertemuaan ada perpisahan.. :D
Aku kuat ada mereka.. :))

Selamat tinggal kawan-kawan, Siti Fatihah dan Aqila :D Jangan lupa aku okeyh :D

sincerely from me :D 



3 comments:

ting said...

It’s all said and done, it’s real, and it’s been fun. ana bahibbak moot. thanks for all those sacrifices and happiness that you have givin me.

nadd zayna said...

ehh ehh , ada kawan baik nad lha , anys azizan , rindu dia sangat2 :')

ashieazman said...

nadd: yup yup.. kecik kan dunia.. anyss kawan dengan roomate ekin.. so kami membe juga..

Post a Comment