Photobucket

Friday, November 23, 2012

Assalamualaikum..

Ciksu dah lama tak update bloglah.. heee... Sebab busy yang terlampau-lampau kot.. Boleh juga nak dikatakan kemalasan yang tidak dapat dielakkan..

Ciksu nak cerita pasal persahabatan.. Apa itu sahabat sebenarnya? Kadang-kadang ciksu selalu tertanya-tanya apa beza sahabat,kawan,teman kan ? Kan sama sahaja yang beza pada ejaan, jumlah huruf dan makna  tersendiri bergantung pasa setiap individu..

Bagi ciksu pula teman sahabat kawan atau rakan mempunyai makna yang sama yang penting mereka betul-betul ikhlas dalam berkawan.. Ya, orang kata kalau kita nak tahu perangai seseorang ada dua cara yang pertama kita kena tidur bersamanya.. maksud di sini bukan 18 sx ok.. heee maksud saya adalah duduk sebilik or bermalam dengannya, baru kita tahu perangai sebenarnya.. Oh begini perangai dia oh begitu dan sebagainya.. heeee.. Kedua, pergi berdagang atau berjual-beli dengannya tapi di masa sekarang kita boleh katakan sebagai pergi merantau atau berhijrah bersama-sama.. Pada waktu ini, kita boleh lihat cara dia mengawal aktiviti hariaannya, dan pada ini terserlah keperibadiannya yang sebenar.. percayalah..

Tapi bagaimana pula kalau rakan kita tak sesempurna apa yang kita harapkan kan.. Eh awak nak yang sempurna, awak tu dah sempurna ke? Hee ini gurau tapi percayalah tiada sesiapa yang sempurna di dalam dunia ini kecuali Dia.. Duduk sama-sama atau bentang tikar cakap dari hati ke hati awak tak suka nie,itu, dan sebagainya dan kawan awak pun akan melakukan perkara yang sama, dia pun akan cakap apa yang dia meluat benci pasal diri awak yang sebenarnya. So masa nie lah kita kena grab the opportunity untuk perbaiki diri sendiri.. Kadang-kadang orang yang menegur kita itulah rakan yang sebenar berbanding rakan yang sibuk duk puji kita sampai ke bintang sebab meraka taknak lihat kita terleka dengan kesilapan kita.. So pandai-pandai ye adik-adik akak-akak makcik-makcik dalam memilih kawan. Sebab Nabi Muhamad S.A.W pernah bersabda sesiapa yang berkawan dengan orang yang jual minyak wangi manakala sesiapa yang berkawan dengan orang besi dia akan terkena tempias besinya.. See!! tapi tada lah saya kata oh yang itu tak baik jangan kawan dengan dia.. TIDAK sama sekali.. siapa kita untuk menghukum orang barangkali dia baik bab tu kita kurang bab nie,, kan?

Oleh itu saya nak ucap terima kasih kepada semua rakan-rakan sahabat kawan teman saya yang sentiasa mengingatkan saya, menasihati saya bila saya terleka membawa saya sama-sama berlari bila saya terjatuh.. Terima kasih korang.. Sayang korang sangat-sangatlah.. heee.. (: * saya juga nak mengucapkan terima kasih kepada musuh saya merangkap radi0 saya kerana banyak membantu saya dalam segala aspek.. heee..


friends forever (:


nadia,nini,ma,ciksu (:

kami sahabat (:
                                            


                           kami sentiasa bergembira bersama (:








No comments:

Post a Comment